utama

Derita dua tahun berakhir [METROTV]

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Seremban: “Sudah dua tahun saya hidup dalam kesusahan, hanya Allah SWT mengetahui keperitan itu,” kata Maslinda Abd Rahman, 44, ibu kepada pesakit Celebral Palsy (CP), Muhammad Nazaruddin Roslan, 11, yang menumpang di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, akibat ketiadaan rumah sejak Disember lalu.

Bagaimanapun, derita itu berakhir apabila dia ditempatkan di sebuah rumah di Blok C, Pangsapuri Seri Perdana, Paroi di sini, sejak kelmarin.

“Saya amat berterima kasih kepada Menteri Besar (Datuk Seri Mohamad Hasan) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) atas pemberian rumah ini kerana ia memudahkan kehidupan kami tiga beranak,” katanya.

Maslinda turut berterima kasih kepada akhbar ini kerana menerima pelbagai bantuan dan sumbangan orang ramai selepas kisah hidupnya didedahkan.

Menurutnya, semua barangan dari rumah sewa lama di Rumah Pangsa Rakyat Pajam, Mantin, dipindahkan ke kediaman baru dengan bantuan jemaah surau dan kakitangan MPS.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 3, 2018 @ 4:15am
d