utama

Tahniah Azroy... Emas pertama kita [METROTV]

Oleh Ajitpal Singh dan Nor Hairulnizam Wahid

GOLD COAST: Atlet angkat berat negara Azroy Hazal Wafie Izhar Ahmad melakar sejarah tersendiri pada Sukan Komanwel Gold Coast apabila muncul atlet pertama negara meraih pingat emas apabila mengungguli kategori 56kg di Carrara Sports and Leisure Centre, hari ini.

Lebih bermakna, dia turut memecahkan rekod dua rekod Sukan Komanwel, kedua-duanya milik Amirul Hamizan Ibrahim dalam acara snatch dan keseluruhan.

Azroy melakukan angkatan 117kg dalam acara snatch mengatasi rekod 116kg Amirul pada Sukan Komanwel New Delhi 2010, 144kg dalam clean and jerk dan 261kg dalam acara keseluruhan yang memecahkan rekod Amirul di Manchester 2002.

Ia sekaligus hadiah hari lahir terbaik buat atlet berusia 24 tahun dari Kuala Rompin yang sepatutnya disambut semalam.

Pingat perak milik peserta India Gururaja dan gangsa dibawa pulang Chaturanga Lakmal.

Disiarkan pada: April 5, 2018 @ 12:40pm
d