utama

Saya cuma kasi 'havoc' - Nur Sajat [METROTV]

Oleh Najiy Jefri

“ITU bukan duit sayalah,” kata usahawan dan penyanyi Nur Sajat Kamaruzzaman yang terbabit pada program ‘hujan duit’ yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo di Kuching, Sarawak, pagi tadi.

Sajat ketika dihubungi berkata, dia tidak mengeluarkan duit kepunyaannya untuk acara terbabit sebaliknya sekadar kehadirannya bagi memeriahkan program berkenaan.

“Saya hanya meriahkan program hujan duit yang menjadi salah satu strategi pemasaran pihak penganjur untuk menarik pengunjung ke festival berkenaan.

“Wang tunai sebanyak RM10,000 dibelanjakan pihak penganjur untuk diberikan kepada pengunjung terawal,” katanya.

Menurut Sajat, dia tiada niat untuk menunjuk-nunjuk kekayaan seperti yang dilaporkan netizen dan memohon maaf sekiranya tindakannya itu menguris hati rakyat Sarawak.

“Saya mohon maaf seandainya tindakan saya itu mengguris hati ramai. Saya ingin tegaskan sekali lagi itu bukan duit saya.

“Sebenarnya acara hujan duit sering diadakan penganjur terbabit di setiap negeri yang dikunjunginya,” katanya.

Terdahulu, Sajat dikecam netizen apabila dikatakan membuang sejumlah wang kepada orang ramai seolah-olah menunjuk-nunjuk kekayaannya.

Dia juga dikatakan menjatuhkan maruah orang lain sehingga memuatnaik video di laman sosial Instagramnya.

Disiarkan pada: April 7, 2018 @ 8:10pm
d