utama

'Kesilapan saya' - Zuckerberg

Oleh Reuters

KETUA Pegawai Eksekutif Facebook Inc, Mark Zuckerberg, meminta maaf dan mengaku rangkaian media sosial itu tidak bertindak mencukupi bagi mengelakkan salah guna data.

“Sudah jelas sekarang kami tidak melakukan secukupnya untuk mengelakkan ia digunakan untuk tujuan tidak baik.

“Ia digunakan untuk menyebarkan berita palsu, campur tangan asing pada pilihan raya dan ucapan kebencian,” katanya dalam dalam kenyataan bertulis kepada Kongres yang disiarkan Jawatankuasa Perdagangan dan Tenaga Dewan Amerika Syarikat, semalam.

Zuckerberg dijadualkan hadir memberi keterangan kepada dua jawatankuasa Kongres hari ini dan esok, untuk menjawab soalan mengenai kebocoran maklumat peribadi 87 juta pengguna, kebanyakan di AS, yang dikongsi secara tidak wajar termasuk dengan firma perunding politik, Cambridge Analytica.

“Kami tidak mengambil berat tanggungjawab dan ia adalah satu kesilapan besar.

“Ia kesilapan saya dan saya meminta maaf. Saya memulakan Facebook, mengendalikannya dan saya bertanggungjawab di atas apa berlaku,” katanya.

Facebook, kelmarin berkata, syarikat berkenaan bercadang memberitahu pengguna terjejas semalam.

Amalan data syarikat itu kini disiasat Suruhanjaya Perdagangan Persekutuan AS.

Berita berkaitan:

87 juta maklumat FB bocor

Zuckerberg bakal hadapi Kongres AS

Terjebak

Cara muat turun data Facebook

Mark Zuckerberg mohon maaf, cukupkah?

Kongres desak Mark Zuckerberg beri penjelasan

Disiarkan pada: April 10, 2018 @ 1:44am
d