utama

Abai semua komen negatif [METROTV]

Oleh Siti Khairunnisa Mohamad Nayan

Kuala Lumpur: Pada usia enam tahun, dia menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila kedua-dua kaki dari paras paha ke bawah dipotong kerana tulang kakinya lembik sejak dilahirkan.

Namun itu bukan penghalang buat Mohamad Fakrulradzi Zahari, 21, untuk mencari kepuasan hidup.

Di sebalik memegang status orang kurang upaya (OKU), dia mampu menjalani kehidupan seperti biasa dengan bergantung pada kerusi roda, malah kini menuntut di tahun akhir Diploma Multimedia, Kolej Poly-Tech MARA, Ipoh.

Lebih menarik, dia gemar bermain papan selaju atau skateboard dengan aksinya sama seperti manusia normal lain.

“Meskipun tidak cukup anggota badan, saya tetap mahu hidup seperti orang normal yang lain. Jadi, komen negatif orang ramai yang mengatakan saya tidak mempunyai kaki tetapi bermain papan selaju itu saya abaikan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 11, 2018 @ 8:15am
d