utama

Aksi berkilau bak emas

Oleh Daripada Ajitpal Singh dan Nor Hairulnizam Wahid di Gold Coast

SKUAD gimrama negara menamatkan kempen di Sukan Komanwel dengan penuh bergaya apabila meraih satu emas, dua perak dan dua gangsa dalam acara individu di Coomera Indoor Sports Centre, hari ini.

Amy Kwan paling menyerlah apabila gimnas berusia 23 tahun itu meraih emas dalam acara riben selepas mengumpul 13.200 mata.

Ia adalah emas pertama Malaysia sejak Elaine Koon meraih emas dalam acara gelung di New Delhi 2010.

Terdahulu, dia meraih gangsa dalam acara gelung dengan mengumpul 13.550 mata.

Koi Sie Yan pula meraih dua perak dalam acara bola dan belantan serta gangsa dalam riben.

Gimnas itu menghimpun 13.400 mata untuk menamatkan saingan di tangga kedua dalam acara bola, dengan gimnas Cyprus, Diamanto Evripidou meraih emas (13.800).

Dalam acara belantan, Sie Yan mengumpul 13.850 mata untuk perak.

Disiarkan pada: April 13, 2018 @ 11:10am
d