utama

Tulis nota hilang suara

Oleh Norizuan Shamsuddin

Kuala Lumpur: “Sakit tangan, tak tahan dan lapar.” Itu yang cuba dimaklumkan pesakit para tiroid, Nurliyana Abdul Raziff, 32, kepada suaminya Mohd Taufiq Abdullah, 42, menerusi tulisan tangan selepas menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur, di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan itu menunjukkan Liyana dapat memberikan reaksi positif dengan bergerak dan cuba bercakap walaupun masih sakit akibat pembedahan membuang para tiriod di bahagian lehernya.

Menurut Mohd Taufiq, keadaan Nurliyana beransur baik walaupun badannya dilaporkan lemah dan memerlukan pemantauan rapi daripada pihak HKL.

“Sewaktu saya jumpa dia pagi tadi (semalam) dia mula menunjukkan reaksi positif dengan bergerak dan cuba bercakap.

“Bagaimanapun, dia tidak dapat mengeluarkan suara ketika bercakap hanya mulut saja terkumat-kamit membuatkan saya tidak faham apa dia ingin sampaikan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: April 15, 2018 @ 9:10am
d