utama

Pegawai, anggota polis antara ditahan

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

PEGAWAI dan tiga anggota polis antara yang ditahan susulan penemuan serpihan tulang di dua lokasi berasingan di Seremban pada minggu lalu.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, suspek berusia 27 hingga 41 tahun dipercayai terbabit dengan ahli Geng 36 yang merancang pembunuhan lima mangsa berkenaan, sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Pahang ditahan pada 6 April lalu, susulan penahanan 34 ahli kongsi gelap berkenaan dalam Ops Khas Hoben 1/2018.

“Berdasarkan siasatan awal, pegawai dan anggota polis itu disyaki ada kaitan dengan kes pembunuhan lima mangsa.

“Kita menemui dua rangka manusia ditanam di dalam hutan Batu 8 Jalan Sungai Gadut, dan tiga rangka manusia di Bukit Galena, Jalan Seremban-Mantin.

"Justeru, kita percaya mereka turut terbabit dengan ahli kongsi gelap itu merancang pembunuhan mangsa. Motif pembunuhan mempunyai kaitan dengan urus niaga dadah," katanya pada sidang media di IPK Negeri Sembilan, hari ini.

Katanya, pegawai dan anggota polis terbabit direman selama 28 hari mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Berita berkaitan

[UPDATE] Polis temui 'kubur' lagi...

[UPDATE] Diculik, dibunuh, ditanam...

'Kubur' rahsia gengster dibongkar...? [METROTV]

Berita lanjut menyusul

Disiarkan pada: April 18, 2018 @ 4:52pm
d