utama

Satu maut, 3 polis trafik cedera

Oleh Wartawan NSTP

TIGA anggota polis trafik cedera termasuk dua parah selepas dirempuh treler ketika melakukan pemeriksaan terhadap kereta di Kilometer 223.1 Lebuhraya Plus berhampiran susur keluar Changkat Jering, hari ini.

Kemalangan 8.30 pagi tadi turut mengorbankan nyawa seorang pengguna lebuh raya itu.

Kejadian itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh lima kilometer dari Kuala Kangsar ke Changkat Jering berikutan lorong kiri masih terhalang.

Pihak polis trafik masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Disiarkan pada: April 26, 2018 @ 11:20am
d