utama

Ini cikgu ke binatang?

Oleh Mohd Rizal Abdullah

BUKAN seorang, tetapi 12 murid lain turut menjadi mangsa guru di sekolah di Batu Niah yang ditahan polis petang kelmarin

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, seramai 12 lagi waris tampil membuat laporan polis di Balai Polis Batu Niah, semalam.

Menurutnya, semua anak perempuan mereka masing-masing berusia lapan sehingga 11 tahun didakwa dicabul suspek ketika anak mereka berada di Tahun Satu dan Dua sekolah itu.

“Keluarga mangsa mendakwa suspek turut mengambil gambar bahagian badan anak mereka menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Terdahulu, suspek berusia 40 ditahan polis ketika memberi keterangan di Balai Polis Pusat Miri berkaitan kes cabul murid perempuan berusia lapan tahun.

Suspek didakwa melakukan perbuatan itu di dalam kelas sejak tahun lalu sebelum mangsa mendedahkan perkara itu kepada ibunya.

Dev berkata, suspek sudah direman selama tujuh hari sehingga 1 Mei depan bagi siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) & 16 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Berita berkaitan

Guru durjana ditahan

Patutlah anak pakai seluar dalam berlapis...

Disiarkan pada: April 26, 2018 @ 11:32am
d