utama

'Kerja kebajikan adalah cara hidup saya...' - Kuan Kentang [METROTV]

Oleh HM Digital

Perkhidmatan sewa rumah berhawa dingin pada harga RM1, tambang 10 sen menaiki kereta bagi mendapatkan rawatan di hospital dan van jenazah RM1.

Itu usaha murni yang dilakukan seorang ahli perniagaan yang juga Presiden Persatuan Kepolisan Komuniti Malaysia Kuan Chee Heng, 53, yang bukan saja tular di laman sosial, malah mendapat pujian dalam kalangan netizen berhubung usaha baktinya kepada seluruh lapisan masyarakat.

Aktivis berkenaan tidak pernah menjadikan bangsa, agama atau budaya sebagai penghalang sebaliknya sentiasa membantu masyarakat yang memerlukan tidak mengira siapa mereka.

Kerja kebajikan lelaki itu mendapat perhatian pelbagai pihak selain melabelkan dirinya sebagai simbol perpaduan memandangkan beliau tidak pernah mengehadkan bantuan kepada sesuatu bangsa atau kaum saja.

Kafe Ahad minggu ini berpeluang menemu bual lelaki berkenaan yang lebih mesra di panggil Uncle Kuan Kentang untuk menyelami prinsip serta pegangan hidupnya yang membentuk keperibadian murni dalam membantu masyarakat.

Dapatkan akhbar Metro Ahad hari ini untuk berita lanjut

Disiarkan pada: April 29, 2018 @ 8:29am
d