utama

Laman web HM tetap di puncak

Oleh Mahaizura Abd Malik

LAMAN web Harian Metro (HM) menerajui carta pilihan portal berita di Malaysia bagi suku pertama 2018 menerusi kategori berita dan maklumat.

Berdasarkan statistik terbaru dikeluarkan firma pengukur dunia digital, ComScore Inc, laman web rasmi HM, www.hmetro.com.my merekodkan lebih 12.24 juta pelayar unik (UV) sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

Ia merangkumi 1.32 juta UV yang mengunjungi laman web berkenaan menggunakan komputer dan komputer riba manakala lebih 11.4 juta UV lagi menerusi telefon pintar dan tablet.

Selain itu, segmen video HM, MetroTV yang kini mempunyai lebih 143,000 langganan pengguna di YouTube mencatatkan lebih 163 juta tontonan setakat semalam.

Bagi laman sosial, peminat Facebook (FB) myMetro kini mencatatkan lebih 4.75 juta likes manakala Twitter rasmi HM kini diikuti lebih 818,000 pengguna.

Sementara itu, laman web Berita Harian, www.bharian. com.my pula menduduki tempat kedua dengan mencatatkan jumlah pelayar UV seramai 10.52 juta.

Sepanjang tempoh sama, laman web Sinar Harian (www.sinarharian.com.my) merekodkan 9.86 juta UV, The Star (www.thestar.com.my) 9.64 juta UV, Malaysiakini (www.malaysiakini.com) 8.11 juta UV manakala The New Straits Times (www.nst.com.my) memperbaiki kedudukan dari tangga ke-15 keseluruhan tahun lalu ke kedudukan ke-11 dengan 4.44 juta UV.

Disiarkan pada: April 30, 2018 @ 8:24pm
d