utama

'Semoga ibu tenang di sana' - Akim Majistret

Oleh Sudirman Mohd Tahir

IBU kepada penyanyi popular, Akim Ahmad iaitu Aminah Bahari disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang pada 8.06 malam tadi.

Berita duka itu dikongsi Akim di laman Instagram miliknya, sebentar tadi.

“Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum, Innalillahiwainnailaihirojiun. Dukacita ingin dimaklumkan ibu saya, Aminah Bahari telah kembali ke rahmtullah sebentar tadi.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah. Amin ya rabbal alamin. Ibu tenang ya kat sana, saya akan kirimkan apa saja untuk ibu. Ibu rehat ya,” tulis Akim.

Sementara itu, pembantu peribadi Stacy, Muhammad Shafie Fahad ketika dihubungi berkata, jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Lenggeng, Negeri Sembilan pada malam ini.

“Sebelum ini Akim pulang ke kampung Stacy di Kota Kinabalu, namun dia bergegas pulang kelmarin selepas mendapat khabar ibunya tidak sihat.

“Stacy pula pulang ke Kuala Lumpur semalam sebelum memaklumkan berita duka ini malam tadi. Difahamkan, arwah meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang,” katanya kepada Harian Metro.

Disiarkan pada: May 5, 2018 @ 10:58pm
d