utama

Mesyuarat bentuk kabinet berlangsung

Oleh Manirajan Ramsamy dan Rohaniza Idris

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur, hari ini.

Mesyuarat itu adalah yang pertama selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ketujuh semalam.

Mesyuarat membabitkan lima pemimpin utama PH itu dihadiri Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak hadir kerana difahamkan kini menghadap Sultan Johor bagi pelantikan Menteri Besar Johor.

Sebelum itu, Perdana Menteri tiba di Yayasan Al-Bukhary, 9.35 pagi ini.

Menyusul tiba Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Berita selanjutnya menyusul...

Disiarkan pada: May 11, 2018 @ 11:33am
d