utama

Guan Eng, Muhyiddin, Mat Sabu dilantik Menteri Kabinet

Oleh Manirajan Ramasamy; Veena Babulal; Mohd Nasaruddin Parzi; Luqman Arif Abdul Karim; Mohd Fahmy Azril dan Arfa Yunus.

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan senarai tiga Menteri Kabinet yang akan menguruskan tiga kementerian utama di bawah kepimpinan kerajaan baharu.

Beliau mengumumkannya pada sidang media selepas selesai mengadakan mesyuarat khas berkaitan pembentukan Kabinet, di Wisma Yayasan Selangor, Petaling Jaya, hari ini.

Pada sidang media sama, Dr Mahathir berkata, tujuh lagi Menteri Kabinet yang akan menerajui beberapa lagi kementerian berkaitan belum diputuskan, hanya diputuskan berdasarkan pertimbangannya.

Katanya, Majlis Pemimpin Utama Pakatan Harapan juga akan ditubuhkan bagi mengkaji keperluan berkaitan ahli Kabinet, di mana wakilnya akan ditentukan setiap parti komponen Pakatan Harapan (PH) termasuk WARISAN di Sabah dan wakil dari Sarawak.

“Majlis Pemimpin Utama PH antaranya akan dianggotai Tun Daim Zainuddin, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz serta Robert Kwok,” katanya.

Dr Mahathir semalam memaklumkan kerajaan baharu pimpinannya akan memiliki 10 Menteri Kabinet, lebih kecil berbanding kerajaan terdahulu.

Berikut senarai tiga Menteri Kabinet baharu:

Kementerian Kewangan

- Menteri: Lim Guan Eng

Kementerian Dalam Negeri

- Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Kementerian Pertahanan

- Menteri: Mohamad Sabu

Berita berkaitan

Mesyuarat pembentukan Kabinet pagi ini

Tun M umum 10 Kementerian utama

Disiarkan pada: May 12, 2018 @ 4:00pm
d