utama

[UPDATE] 'Suspek dakwa rasa tidak tentu arah'

Oleh Zahratulhayat Mat Arif

“AKU ni ‘libang-libu’ (tidak tentu arah).” Itu ungkap suspek yang menetak mati tiga beradik dan mencederakan empat yang lain di Kampung Sungai Haji Muhammad, Rungkup di Bagan Datuk, semalam.

Suspek, 35, meluahkan kata-kata itu kepada ibu saudaranya yang hanya mahu dikenali sebagai Siti ketika mereka bertemu di rumah lelaki terbabit, sehari sebelum kejadian.

Siti, 60-an, berkata dia pergi ke rumah suspek yang dipanggil 'Yang' dalam kalangan ahli keluarganya pada Selasa lalu untuk membeli buah dan daun pisang.

“Saya selalu membeli daun dan buah pisang di rumahnya (suspek). Dia mengizinkan saya untuk mengambil pisang, tetapi pada masa sama dia kelihatan tidak tentu arah.

“Selepas mengambil buah pisang, saya ada menghulur wang RM10 tetapi dia menolaknya. Dia kemudian berkata 'aku ni libang-libu'.

“Saya rasa tidak sedap hati dan takut dengan kelakuan dia yang kelihatan tidak tenang dan sedikit agresif, jadi saya terus menghidupkan enjin kereta dan pulang ke rumah," katanya ketika ditemui, hari ini.

Siti berkata, suspek sebenarnya seorang yang sangat rajin dan selalu membantu keluarga serta penduduk kampung.

“Saya tidak sangka dia akan buat begitu. Saya tidak tahu puncanya atau adakah dia ada masalah dengan ayah kepada mangsa?” katanya.

Dalam kejadian 2 petang itu, Nurziah Fasihah Mohd Fadzil, 2, bersama dua abangnya, Muhammad Firash Zaffril, 3, dan Mumammad Faqhqih Zahirul Haq, 5, disahkan maut akibat ditetak suspek, manakala ibu mereka, Zuraidah Md Ali, 35, parah.

Suspek kemudian pergi ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Haji Muhammad sebelum mencederakan pula anak sulung Zuraidah, Nur Zurin Faziera, 9, serta dua lagi penduduk kampung termasuk rakan sekolah Nur Zurin.

Berita berkaitan

Sampai hati kau, sahabat...

[UPDATE] Suspek positif dadah rupanya...

'Suspek bunuh tiga beradik direman' [METROTV]

[UPDATE] Suspek tiada rekod sakit mental

'30 minit kemudian jeritan terhenti...' [METROTV]

Tragedi 1 Ramadan

Disiarkan pada: May 18, 2018 @ 3:10pm
d