utama

Najib balik Pekan?

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

BEKAS perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, meninggalkan kediamannya di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur, 9.20 pagi tadi.

Beliau dilihat menaiki Toyota Vellfire diikuti motosikal pengiring dan beberapa kenderaan lain.

Difahamkan, beliau akan menghadiri beberapa program di Parlimen Pekan, kawasan yang diwakili beliau termasuk merasmikan mesyuarat cawangan-cawangan UMNO dalam Bahagian Pekan.

Mengikut jadual, Najib dijangka tiba di kediaman rasminya di Seri Kenangan di Pekan kira-kira 12 tengah hari.

Terdahulu, kira-kira 50 ahli Puteri UMNO dari seluruh negara hadir di kediaman bekas perdana menteri pada 8.15 pagi bagi menyatakan sokongan terhadap bekas perdana menteri itu.

Exco Puteri UMNO, Dira Abu Zahar berkata, pihaknya dapat berjumpa dengan Datuk Seri Najib walaupun hanya dalam tempoh 10 minit.

“Beliau kelihatan agak ceria dan berpesan kepada kami supaya terus bersatu dan tidak mengalah. Kami juga terkejut kerana beliau sangat mengalukan kedatangan kami.

“Dia sangat positif, namun kami tidak dapat bertemu lama kerana dia mempunyai program yang perlu dihadiri,” katanya.

Disiarkan pada: May 20, 2018 @ 12:13pm
d