utama

Tadarus satu sekolah

Oleh Nor Shayaumil Qhairil Eemann

Jeli: Tadarus al-Quran ketika Ramadan adalah satu amalan dan juga aktiviti kepada pelajar untuk meningkatkan ibadah seterusnya memanfaatkan masa sebaiknya.

Pengetua Sekolah Menengah Ugama (Arab) Tarbiah Islamiah (SMUTI) Ahamad Yusoff berkata, setiap hari 166 pelajar dan 23 guru mengaji al-Quran berkumpulan secara tadarus bermula dari jam 7.15 pagi hingga 7.45 pagi.

“Pelajar dibahagikan dalam kumpulan bersama guru dan mereka mengaji berdasarkan juzuk yang ditetapkan.

“Kita menyasarkan pelajar khatam al-Quran sebelum cuti sekolah penggal ini dan satu majlis khatam al-Quran akan diadakan nanti,” katanya di sini, semalam.

Ahamad berkata, selain aktiviti bertadarus, mereka turut mengadakan aktiviti lain seperti majlis berbuka puasa, solat Dhuha secara berjemaah dan tazkirah.

“Kita mahu murid di sekolah ini menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan mereka sama ada di sekolah atau di luar.

“Apabila mereka sudah tamat belajar di sekolah ini, budaya mengaji al-Quran tetap diteruskan dalam kalangan keluarga atau masyarakat setempat,” katanya.

Disiarkan pada: May 28, 2018 @ 7:46am
d