utama

Syafiq cari jalan penyelesaian

Oleh Najiy Jefri

"SAYA dan pihak pengurusan memandang serius perkara ini dan masih mengenalpasti jalan penyelesaian terbaik memastikan isu ini dapat diselesaikan sebaik-baiknya," kata pelakon, Syafiq Kyle.

Pelakon kini popular menerusi watak Ustaz Adam dalam drama Nur di TV3 berkata demikian dalam satu kenyataan media dimuat naik di akaun sosial Instagramnya berhubung penularan panggilan video seks yang dikatakan miripnya bersama 'wanita' dikenali sebagai Mira di laman Twitter sejak malam Ahad lalu.

Video berdurasi tujuh minit 22 saat itu memaparkan Syafiq berbaring atas sofa dan berdiri dalam bilik air selepas diminta Mira berbuat demikian.

Menerusi video itu, aksi Syafiq menggigit bibir, menjelir lidah dan menyebut nama Mira antara menarik perhatian netizen.

Menurut Syafiq, dia kini bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk memastikan kesulitan yang berlaku dapat dimuktamadkan dengan segera.

"Adalah baik jika perkara ini tidak dipanjangkan lagi selain menghormati bulan Ramadan. Jika masih berpanjangan, kami akan mempertimbangkan tindakan undang-undang," katanya.

Sementara itu, Syafiq turut menegaskan penularan beberapa keping foto perbualan paparan skrin antara dia dan individu lain adalah tidak benar.

"Itu perkara tidak betul dan tidak berasas sama sekali. Ia bertujuan tidak lebih daripada sekadar menangguk di air yang keruh.

"Difahamkan, paparan skrin terbabit disunting oleh individu tidak bertanggungjawab dan profil individu itu juga menggunakan gambar dicuri dari pemilik asal iaitu seorang warga Filipina. Sekali lagi, saya tegaskan, perkara ini adalah tidak benar sama sekali," katanya.

Syafiq turut merakamkan ucapan terima kepada semua pihak yang tidak henti memberikan sokongan kepada dirinya selain percaya ujian yang menimpanya adalah pengajaran terbaik untuk dirinya.

"Untuk semua teman, rakan media, klien, individu perseorangan, saya ingin menzahirkan sejuta penghargaan teriam kasih di atas keprihatinan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada saya dalam menempuh ujian ini.

"Ini adalah pengajaran terbaik yang akan mematangkan lagi saya di masa hadapan. Maaf jika teks atau panggilan yang tidak terjawab kerana saya perlu menyelesaikan kesulitan ini dengan amat cermat dan berhati-hati," katanya.

Berita berkaitan:Syafiq Kyle gigit bibir, jelir lidah...

Disiarkan pada: May 29, 2018 @ 6:05pm
d