utama

PTPTN: 433,000 dikeluarkan dari senarai hitam

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

KIRA-KIRA 433,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen, melalui proses pemutihan secara berperingkat dari 24 Mei lalu hingga 15 Jun ini.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, PTPTN menyenarai hitam sebanyak satu juta peminjam dan kira-kira 655,000

daripadanya sudah membuat pembayaran membabitkan kutipan sejumlah kira-kira RM1.9 bilion dan keluar dari senarai hitam

Jabatan Imigresen.

"Selebihnya kira-kira 433,000 lagi sedang diputihkan secara berperingkat dalam tempoh 24 Mei lalu hingga 15 Jun ini.

"Kita sudah berjanji mahu mengeluarkan semua peminjam daripada senarai hitam Jabatan Imigresen.

“Perbincangan sudah dijalankan dengan pihak yang terbabit dan pemutihan daripada senarai hitam sedang dilaksanakan dan dijangka semua urusan berkaitan dapat diselesaikan sebelum pertengahan Jun ini," katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini.

Disiarkan pada: May 31, 2018 @ 12:41pm
d