utama

Bonda Sultan Johor mangkat

Oleh Mohd Fahmi Mohd Yusof

BONDA kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar iaitu Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah, 83, kembali ke rahmatullah semalam.

Menerusi kenyataan dimuat naik laman rasmi Johor Southern Tigers (JST), hari ini, laman rasmi itu menyatakan ucapan takziah kepada seluruh kerabat Diraja Johor.

“Merafak sembah ucapan takziah kepada seluruh Kerabat DiRaja Johor atas kemangkatan Yang Amat Mulia Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah yang telah kembali ke rahmatullah pada 1 Jun 2018. Al-Fatihah,” menurut kenyataan dimuat naik dalam JST.

Awal pagi tadi juga Instagram milik anakanda Sultan Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, memuat naik gambar hitam putih bersama Almarhum nendanya dengan kenyataan ‘1st June, Jumaat. Al-Fatihah. Will miss you Tok’.

Bagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi daripada Istana Johor atau Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim, berhubung perkara itu.

Disiarkan pada: June 2, 2018 @ 7:54am
d