utama

Rosmah hadir di ibu pejabat SPRM [METROTV]

Oleh Wartawan NSTP

ISTERI bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya, jam 10.43 pagi bagi memberi keterangan berhubung kes SRC International.

Beliau yang mengenakan baju kurung berwarna biru dan berselendang merah turut ditemani anak perempuannya Nooryana Najwa dan suami Daniyar Kessibayev serta barisan peguam terdiri daripada K Kumaraendran dan Geethan Ram Vincent.

Rosmah tiba dengan kenderaan jenis Mercedes-Benz S350 menggunakan nombor pendaftaran WQF 11 serta diiringi dua dua kenderaan lain.

Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak hadir dua kali ke sini iaitu pada 22 dan 24 Mei lalu bagi memberi keterangan berhubung kes sama.

SPRM pada Jumaat lalu, menyerahkan notis untuk memerintah kehadiran kepada Rosmah bagi membantu siasatan berkaitan kes berkenaan.

Tinjauan NSTP mendapati, lebih 100 pengamal media tempatan dan asing mula berkumpul di Ibu Pejabat SPRM sejak 8 pagi bagi mengikuti perkembangan terkini berhubung siasatan berkaitan SRC International itu.

Berita berkaitan

1MDB: Rosmah perlu hadir ke SPRM esok

Disiarkan pada: June 5, 2018 @ 11:08am
d