utama

Tun M rai pengunjung rumah terbuka

Oleh Wartawan NSTP

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meraikan puluhan ribu pengunjung yang menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2018.

Majlis diadakan di Seri Perdana di Putrajaya bermula pada jam 10 pagi dan akan berakhir jam 4.30 petang.

Dr Mahathir yang berpakaian baju Melayu berwarna ungu kelihatan begitu ceria menyambut kedatangan pengunjung dan bersalaman dengan mereka.

Setakat ini, lebih 10,000 pengunjung hadir dan mereka hadir seawal jam 8 pagi.

Rata-rata kelihatan begitu teruja untuk bersua muka dan bersalaman dengan pemimpin nombor satu negara itu.

Pengunjung disajikan dengan pelbagai juadah tempatan seperti nasi beriani, char kuey teow, apam balik, sate, soto ayam, ketupat, lemang dan rendang serta pelbagai makanan lain.

Antara anggota Kabinet yang hadir termasuk Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Disiarkan pada: June 15, 2018 @ 11:57am
d