utama

La Roja liat benam Iran

Oleh Reuters

KAZAN, Russia: Sepanyol berjaya meraih kemenangan 1-0 ke atas Iran dalam aksi Kumpulan B Piala Dunia sebentar tadi hasil jaringan Diego Costa, biarpun gawang skuad Eropah sering diancam pada separuh masa kedua.

Penyerang veteran itu meledak gol ketiganya dalam dua perlawanan apabila percubaan Ramin Rezaeian mengeluarkan bola terkena kaki pemain Sepanyol itu dan melantun ke gawang pada minit ke-54.

Biarpun Sepanyol sering mengepung gawang Iran pada separuh masa pertama, mereka dikejutkan lawan pada separuh masa kedua ketika percubaan Karim Ansarifard terkena tepi jaring manakala jaringan Saeid Ezatolahi dibatalkan menerusi sisitem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Keputusan itu membolehkan Sepanyol berkongsi tangga teratas kumpulan bersama Portugal dengan empat mata namun diikuti Iran dengan tiga mata menjelang perlawanan ketiga dan terakhir kumpulan.

Maghribi tersingkir selepas tewas dua perlawanan.

Disiarkan pada: June 21, 2018 @ 4:18am
d