utama

Asyraf Wajdi menang Ketua Pemuda UMNO

Oleh Wartawan NSTP

DATUK Dr Asyraf Wajdi Dusuki dipilih sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang baru buat penggal 2018-2021.

Berdasarkan Twitter Pemilihan UMNO 2018: "Secara rasminya, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki @drasyrafwajdi adalah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang baru buat penggal 2018-2021."

"Tahniah diucapkan kepada DAWD (Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki) atas kemenangan beliau dan selamat menjalankan tugas yang baru."

Sementara itu, Senator Khairul Azwan Harun atau lebih dikenali sebagai Azwan Bro yang tewas dalam saingan merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO, menawarkan diri untuk membantu kepemimpinan Asyraf Wajdi.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO itu turut menerima dengan hati terbuka kekalahan berkenaan dan mengucapkan tahniah kepada Asyraf di atas kemenangan beliau.

"Saya ucapkan tahniah kepada sahabat lama dan rakan seperjuangan, Datuk Asyraf Wajdi kerana dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

"Saya menawarkan diri untuk sentiasa membantu kepemimpinan beliau bagi memastikan Pemuda UMNO memasuki era pemulihan dan pembaharuan," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Disiarkan pada: June 24, 2018 @ 1:22pm
d