utama

Dia antara lelaki yang rapat dengan saya - Fasha [METROTV]

Oleh Syafil Syazwan Jefri

PELAKON, Fasha Sandha, 34, enggan mengulas lanjut mengenai video yang menunjukkan dia berpelukan dengan pelakon, Aidil Aziz di sebuah lapangan terbang.

Video yang tular baru-baru ini menguatkan lagi spekulasi bahawa kedua-duanya kini sedang menjalin hubungan cinta.

“Saya tak mahu dan takkan komen apa-apa mengenai video itu,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai hubungannya dengan Aidil, Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan memaklumkan bahawa mereka sekadar berkawan rapat.

“Dia antara lelaki yang rapat dengan saya dan saya selesa berkawan dengannya,” katanya.

Diminta mengulas sama ada dia akan menamatkan zaman bujangnya dengan pelakon berusia 31 tahun itu, Fasha menegaskan bahawa dia masih lagi menikmati hidup tanpa suami.

“Saya gembira dan menikmati 'single life' saya buat masa sekarang. Sekali lagi saya beritahu, saya selesa untuk memberitahu bahawa kami selesa berkawan,” katanya.

Ketika ditanya sama ada peluang masih terbuka untuk lelaki lain mendekatinya, Fasha memberikan jawapan mengejutkan.

“Single but not available," katanya ketika di Malam Gala Filem Blok 404.

Disiarkan pada: June 27, 2018 @ 10:12am
d