utama

'Ada cacing dalam sardin'

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

JABATAN Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang, menahan dua kontena berisi produk sardin Canned Mackerel in Tomato Sauce (Jenama RANESA) diimport dari China, kerana mengandungi benda asing iaitu nematoda (sejenis cacing) daripada Genus Anisakis spp.

Ketua Pengarah MAQIS Datuk Mokhtaruddin Husain berkata, kedua-dua kontena berkenaan ditahan di pintu masuk Terminal Kontena Utara Butterworth (NBCT), pada 14 Mei lalu.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan fizikal dan persampelan ke atas beberapa tin sardin membawa kepada penemuan benda asing iaitu cacing berkenaan.

Menurutnya, dua kontena yang membawa dagangan sardin itu dianggarkan seberat 36,720 kilogram bernilai RM199,797.24 ditahan untuk tindakan lanjut.

“Cacing dikesan berkemungkinan jenis Genus Anisakis spp yang boleh menyebabkan penyakit Anisakiasis kepada manusia,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, perbuatan mengimport melalui pintu masuk apa-apa tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian atau mikroorganisma dengan perosak, penyakit atau bahan cemar adalah suatu kesalahan di bawah seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan kes ini disiasat untuk tindakan selanjutnya.

“Mengikut undang-undang, pengimportan ikan sardin perlu mendapatkan permit import dari Jabatan MAQIS. Walaupun permit import diberikan, pengimport perlulah mematuhi bahawa ikan sardin yang diimport mestilah bersih dan selamat dimakan oleh rakyat Malaysia.

“MAQIS melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan di 57 pintu masuk seluruh negara, bagi memastikan barangan diimport mengikut piawaian ditetapkan serta selamat,” katanya.

Beliau berkata, MAQIS akan terus menjalankan pemeriksaan ke atas produk ikan sardin dalam tin yang diimport di seluruh pintu masuk negara bagi memastikan isu sama tidak berulang.

Sebelum ini, pada 20 April lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan dua produk sardin dalam tin dari China, Canned Sardines in Tomato Sauce jenama TL Tan Lung dan Sardines in Tomato Sauce jenama TLC, ditarik balik daripada pasaran kerana mengandungi cacing.

Tindakan juga diambil terhadap syarikat pengimport produk itu tidak mematuhi Akta Makanan 1983 selain produk berkenaan ditarik balik berikutan mengandungi cacing nematoda daripada Genus Anisakis spp.

Menurutnya, perbuatan mengimport melalui pintu masuk apa-apa tumbuhan, haiwan, karkas, ikan, keluaran pertanian atau mikroorganisma dengan perosak, penyakit atau bahan cemar adalah suatu kesalahan di bawah seksyen 14 Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] dan kes ini disiasat untuk tindakan selanjutnya.

“Mengikut undang-undang, pengimportan ikan sardin perlu mendapatkan permit import dari Jabatan MAQIS. Walaupun permit import diberikan, pengimport perlulah mematuhi bahawa ikan sardin yang diimport mestilah bersih dan selamat dimakan oleh rakyat Malaysia.

“MAQIS melakukan pemeriksaan dan penguatkuasaan di 57 pintu masuk seluruh negara, bagi memastikan barangan diimport mengikut piawaian ditetapkan serta selamat,” katanya.

Disiarkan pada: June 27, 2018 @ 1:16pm
d