utama

Akaun UMNO Johor sah kena beku

Oleh Wartawan NSTP

SELEPAS UMNO Pusat dan Selangor, UMNO Johor pagi ini mengesahkan akaun parti itu sudah dibekukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Md Jais Sarday, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi NSTP pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan lanjut mengenai bila surat atau pemakluman diterima UMNO Johor mengenai perkara itu.

"Ya," jawapnya ringkas ketika ditanya adakah benar akaun UMNO Johor sudah dibekukan atau tidak.

Semalam, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Johor di Johor Bharu mendedahkan SPRM membekukan akaun UMNO Pusat dan UMNO Selangor.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden itu berkata, tindakan SPRM itu sehari selepas beliau mengumumkan agihan dana kepada UMNO negeri dan bahagian akan disalurkan semula.

Beliau turut memberitahu bahawa akaun UMNO Johor hampir pasti akan dibekukan tidak lama lagi.

Berita berkaitan

UMNO sedia beri kerjasama penuh - Zahid

SPRM ada kuasa beku akaun UMNO - Muhyiddin

Akaun UMNO dibeku SPRM

Disiarkan pada: June 29, 2018 @ 10:40am
d