utama

Bukan kes di Malaysia

Oleh Faris Fuad

Kuala Lumpur: Pengguna media sosial gempar susulan penyebaran klip video memaparkan seorang remaja teruk dibelasah sekumpulan remaja samseng.

Video berdurasi 25 saat memaparkan mangsa ditumbuk dan disepak bertubi-tubi sekumpulan individu berhampiran kawasan tangga.

Video yang mula menjadi tular sejak kelmarin mengundang reaksi marah orang ramai yang meminta pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap pelaku jenayah itu.

Bagaimanapun sumber polis dihubungi berkata, pihaknya menjalankan siasatan terhadap kandungan video itu sebelum mendapati ia bukan berlaku di negara ini sebaliknya terjadi di negara jiran, Singapura.

Menurutnya, kejadian itu berlaku di Sekolah Menengah Saint Andrew, Singapura pada 5 November 2016.

“Dakwaan netizen terutama menerusi Facebook kononnya insiden itu berlaku di negara ini tidak benar.

“Menurut portal stomp.straitstimes pada 11 November 2016, Pengetua sekolah itu, Lucy Toh mengesahkan insiden membabitkan beberapa individu terbabit adalah pelajar sekolah berkenaan,” katanya.

Disiarkan pada: July 3, 2018 @ 8:43am
d