utama

[UPDATE] Najib didakwa esok

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan dihadapkan ke Mahkamah Kuala Lumpur, 8.30 pagi esok.

Hari ini, Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB mengesahkan menahan Najib 2.35 petang tadi berkaitan siasatan kes SRC International Sdn Bhd.

"Najib akan dituduh pada 4 Julai 2018 (esok) pada 8.30 pagi di Mahkamah Kuala Lumpur," katanya.

Menurut kenyataan Pasukan Petugas Khas 1MDB, Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur.

Pasukan Petugas Khas 1MDB dianggotai bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail; bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed; Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador.

Berita berkaitan

Najib Razak ditahan

Disiarkan pada: July 3, 2018 @ 5:06pm
d