utama

Belgium buat Brazil gigit jari

Oleh

KAZAN: Kebangkitan Brazil yang tidak jadi. Itu lah yang boleh di katanya mengenai skuad Brazil edisi Piala Dunia 2018. Brazil goyah daripada peringkat kumpulan hingga bertemu Belgium. Negara lima kali menjuarai Piala Dunia itu terus kempunan dalam saingan prestij ini.

Gaya Brazil nampak gah pada awal perlawanan tapi terkulai jua dengan kejutan gol sendiri pemain tengah mereka, Fernandinho pada minit ke-13. Jaringan itu memberikan kelebihan kepada Belgium untuk meningkatkan tempo permainan.

Susulan beberapa serangan tidak menjadi Brazil, pasukan itu terus terjerat apabila larian serangan balas penyerang Belgium, Romelu Lukaku menghantar bola kepada arkitek mereka, Kevin De Bruyne untuk merembat bola ke gawang Brazil pada minit ke-31.

Brazil nyata cemas selepas jurulatihnya, Tite pertama kali menggantikan Willian dengan Firmino pada separuh masa kedua dan meletakkannya di bahagian sayap.

Negara lima kali jagoan Piala Dunia itu nyata terdesak selepas beberapa kali penyerang mereka Neymar yang terkenal dengan ‘lakonan guling’ sering merebahkan badan ketika di kawasan lawan.

Ketika perlawanan masuk minit ke-54, penyerang Brazil Gabriel Jesus hampir menerima penalti selepas pertahanan Belgium Vincent Kompany yang sebenarnya dengan kemas menghalang pemain itu dalam kotak penalti.

Harapan Brazil mendapatkan penalti punah selepas pengadil menggangap halangan yang dilakukan Kompany kemas.

Pertahanan Belgium Thomas Meunier terlepas separuh akhir selepas terima kad kuning daripada pengadil. Meunier menjatuhkan Neymar yang cuba lolos ke kotak penalti.

Kejutan tandukan pemain tengah Brazil Renato Augusto melonjakkan semula semangat Brazil selepas berjaya menewaskan penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois pada minit ke-76.

Keputusan kekal hingga memasuki masa sembilan minit masa kecederaan. Belgium akan berdepan Perancis untuk merebut tiket final Piala Dunia Russia.

Disiarkan pada: July 7, 2018 @ 4:13am
d