utama

Kesiannya...mayat bayi dah berulat [METROTV]

Oleh Hazsyah Abdul Rahman

MAYAT bayi berulat ditemui orang awam dalam satu kejadian di Kampung Karamunting, Jalan Batu Sapi, dekat Sandakan, malam tadi.

Dalam kejadian 8 malam itu, bayi berkenaan dipercayai sudah meninggal dunia lebih 24 jam dan keadaan fizikalnya sudah bertukar hitam.

Difahamkan, ia ditemui orang awam di satu kawasan berdekatan pembuangan sampah dan garaj di kampung terbabit.

Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan kemudiannya menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan menghantar mayat terbabit ke bilik mayat Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan pada 11 malam tadi.

Setakat 10.40 pagi hari ini, polis belum mengeluarkan kenyataan media berhubung kejadian berkenaan.

Disiarkan pada: July 14, 2018 @ 12:43pm
d