utama

Mulianya hatimu, boss... [VIDEO]

Oleh WTVR

KEGIGIHAN pekerja berjalan lebih 20 kilometer supaya tidak lambat masuk kerja pada hari pertama mendapat perhatian pemilik syarikat yang menghadiahkannya kenderaan utiliti sukan (SUV).

Menurut laporan WTVR, masalah kereta tidak menghalangkan Walter Carr daripada mula bertugas sebagai pengangkut barang syarikat pindah, Bellhops di Alabama, Amerika Syarikat.

Ketika perjalanan ke rumah pelanggan di Pelham, kereta Carr tiba-tiba rosak di Homewood dan beliau terpaksa mula berjalan tengah malam Sabtu lalu.

Dia sempat berjalan 22.5 kilometer sebelum terserempak dengan polis kira-kira 4 pagi itu. Mereka membeli makanan untuk Carr sebelum membawanya ke rumah pelanggan pada 6.30 pagi.

Walaupun dipelawa pelanggan untuk tidur dan rehat terlebih dahulu, Carr terus memulakan kerjanya mengangkut barang.

"Ini peluang pekerjaan pertama dalam tempoh agak lama tidak bekerja. Saya ingin menunjukkan bahawa saya berdedikasi dalam kerja," katanya.

Kegigihan Carr itu mendapat pujian pelanggan yang menceritakanny di Facebook serta perhatian ketua Pegawai Eksekutif Bellhops, Luke Marklin.

Marklin menyerahkan kunci kepada Ford Escape 2014 miliknya kepada Carr, Ahad lalu.

"Kegigihan ditunjuk Walter melambangkan budaya kerja Bellhops dengan tepat. Kami menetapkan standard tinggi bagi perkhidmatan dan dia jelas meningkatkannya," kata Marklin menerusi Twitter.

Disiarkan pada: July 18, 2018 @ 11:05am
d