utama

Dirogol 40 lelaki dalam empat hari

Oleh AFP

POLIS India menahan seorang pemilik rumah tetamu dan pengurusnya, selepas seorang wanita mendakwa dia diberikan dadah dan dirogol kira-kira 40 lelaki selama empat hari, kata pihak berkuasa.

Insiden itu adalah kes serangan seks terbaharu yang dilaporkan di seluruh negara yang merekodkan 110 aduan kes rogol setiap hari, menurut data rasmi.

Dalam satu aduan kepada polis, wanita berusia 22 tahun terbabit berkata, dia dijanjikan pekerjaan di rumah tetamu di negeri Haryana, utara India itu oleh seseorang yang dikenalinya.

Namun, dia dikurung, diberikan dadah dan dirogol ramai lelaki selama empat hari, kata pegawai polis kanan, Rajender Kumar Meena kepada AFP memetik aduan bertulis mangsa.

“Tiga anggota polis bawahan sudah digantung kerana kelalaian dan gagal memaklumkan kepada pegawai kanan mengenai insiden sensitif itu,” kata Meena.

Keganasan seks berleluasa di India yang merekodkan 110,333 laporan kes rogol di seluruh negara itu sepanjang tempoh 2014 hingga 2016.

Disiarkan pada: July 21, 2018 @ 12:45am
d