utama

Tauke judi naik tocang! [METROTV]

Oleh Skuad Khas Harian Metro

Alor Setar: Bebas berjudi tanpa sebarang sekatan dan larangan. Malah, wang kemenangan mencecah RM300,000. Itu yang ditawarkan puluhan premis judi tanpa lesen yang banyak beroperasi di sekitar bandar raya ini bagi menarik perhatian kaki judi tanpa mengira usia untuk mencuba nasib menjadi ‘orang kaya baharu’.

Lebih berani, premis perjudian haram itu melakukan urus niaga secara ‘terbuka’ dengan membenarkan sesiapa saja berjudi berbanding pusat perjudian di Lembah Klang yang hanya memberikan akses kepada ahli ataupun kaki judi dikenali penjaga premis.

Berdasarkan aduan orang awam yang ‘marah’ dengan kegiatan berkenaan, Skuad Khas Harian Metro ke utara tanah air untuk mencari kepastian dan kesahihan dakwaan itu.

Berpandukan maklumat diberikan pengadu, wartawan Skuad Khas memasuki premis pertama yang terletak di Jalan Sultanah, Shahab Perdana di sini.

Hasil pemerhatian mendapati premis itu dilengkapi sekurang-kurangnya lima kamera litar tertutup (CCTV) selain mempunyai lebih 20 mesin simulator.

Dapatkan Harian Metro hari ini untuk berita penuh

Disiarkan pada: July 24, 2018 @ 9:51am
d