utama

[UPDATE] Suspek bunuh, kerat mayat wanita direman

Oleh Teoh Pei Ying

LELAKI warga Bangladesh berusia 37 tahun yang dipercayai membunuh, mengerat dan meletakkan mayat wanita di dalam dua bagasi pakaian di tebing Sungai Klang, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, awal bulan lalu, kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, lelaki berkenaan yang dipercayai suami kepada wanita berusia 29 tahun itu ditahan di Johor kira-kira 2 pagi, semalam.

"Suspek akan direman sehingga 1 Ogos nanti bagi membantu siasatan kes berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Pada 5 Julai lalu, beberapa individu yang juga gelandangan menemui dua bagasi pakaian mengandungi lapan bahagian badan mangsa dikerat, di tebing sungai berkenaan.

Siasatan mendapati wanita berkenaan adalah warga asing yang kemudian disahkan warga Bangladesh berusia 29 tahun dan bekerja di negara ini.

Minggu lalu, polis mengedarkan gambar lelaki berkenaan dan meminta orang ramai tampil menyalurkan maklumat mengenai lelaki terbabit.

Difahamkan lelaki itu dan mangsa menyewa di bilik di tingkat empat rumah kedai di Jalan Segambut, Kuala Lumpur.

Mereka dikatakan sering bergaduh ketika menyewa di bilik berkenaan.

Sumber memaklumkan lelaki itu dan mangsa sudah berkahwin di Bangladesh dan mempunyai anak di kampung halaman.

Berita berkaitan

Dua mayat ditemui dalam bagasi

[UPDATE] Kejam, mayat dikerat dalam dua bagasi

[UPDATE] Sah mayat wanita dikerat enam [METROTV]

Disiarkan pada: July 25, 2018 @ 4:48pm
d