utama

'Aku dah buang tagih' [METROTV]

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Mahaizura Abd Malik

Shah Alam: “Akibat menonton pornografi, saya akhirnya terjerumus ke lembah zina hingga melahirkan anak,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Riya, 25.

Menurut anak kedua daripada lima beradik itu, dia mula terpengaruh dengan pornografi sejak usia 13 tahun melalui kawan dan media sosial.

“Segalanya bermula apabila kawan membawa telefon bimbit ke sekolah dan mengajak saya melihat video lucah.

“Mulanya saya tidaklah hendak tengok sangat tetapi saya mula ketagih sejak di tingkatan empat bila kawan kerap tunjukkan video lucah kepada saya,” katanya.

Wanita itu kini membina hidup baru bersama bayinya berusia dua bulan di rumah perlindungan dan pemulihan wanita Pertubuhan Kebajikan Darul Wardah Selangor.

Dapatkan berita penuh di akhbar Harian Metro hari ini

Disiarkan pada: July 28, 2018 @ 11:16am
d