utama

Tun M pengerusi baharu Khazanah Nasional

Oleh Hazwan Faisal Mohamad

KERAJAAN mengumumkan pelantikan lima Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd baru dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi.

Turut dilantik sebagai Pengarah adalah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato Seri Mohamed Azmin Ali; Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Mohd Hassan Marican; bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Dr Sukhdave Singh; dan Pengerusi Maybank Asset Management Group Bhd, Goh Ching Yin.

Menurut Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini, pelantikan terbabit berkuatkuasa serta merta.

“€œPelantikan Pengarah Urusan Khazanah Nasional akan diumumkan kemudian,” katanya.

Disiarkan pada: July 30, 2018 @ 6:35pm
d