utama

Sekat lagi bahan bakar

Oleh AFP

Baitulmaqdis: Israel menghalang bekalan bahan bakar dan gas ke Semenanjung Gaza sebagai tindak balas kepada layang-layang dilengkapi bahan bakar yang berterusan diterbangkan melepasi sempadan, kata Menteri Pertahanan, Avigdor Lieberman.

Langkah itu terus menjejaskan wilayah Palestin itu yang sudah pun berhadapan krisis kerana pemotongan bekalan elektrik, terutama bagi hospital.

Lieberman berkata dalam kenyataan bahawa tindakan itu sebagai reaksi kepada langkah ‘keganasan’ menggunakan layang-layang dan belon diisi bahan bakar dan pertempuran di sempadan antara Israel serta Gaza.

Israel mendakwa alat berkenaan mencetuskan ratusan kebakaran sejak April lalu dan mengakibatkan kerosakan harta berjumlah ribuan dolar.

Orang Palestin di Gaza menganggap belon dan laayng-layang berkenaan kaedah sah menentang sekatan dikenakan Israel sejak sedekad lalu.

Israel mengawal semua akses keluar masuk ke kawasan itu kecuali satu lintasan yang dikongsi dengan Mesir yang juga jarang dibuka.

Disiarkan pada: August 3, 2018 @ 9:17am
d