utama

Eusuf anak syurga [METROTV]

Oleh Suraya Roslan

Putrajaya: Bagi ibu bapa ini, senyuman Eusuf Muhammad Idzfan, 3, paling manis dan keletahnya mampu menghiburkan sesiapa saja, namun tidak sampai beberapa bulan melihat anak lelakinya senyum, berlari dan berjalan, akhirnya mereka perlu menerima hakikat pada ulang tahun pertama kelahiran anaknya, semuanya itu hilang sekelip mata.

Tiada lagi senyuman dan larian Eusuf di depan mata, sebaliknya digantikan dengan serangan sawan 30 hingga 100 sehari, malah dia akan menghantukkan kepala ke dinding serta menangis tanpa henti selama 12 jam selepas disahkan menghidap Sindrom Lennox Gestaut (LGS).

Ibunya, Djasriza Jasin, 41, berkata, dia dan suami, Idzfan Idris, 43, kadangkala tertanya-tanya kenapa Allah SWT memberi ujian yang sebegitu berat buat diri mereka apabila melihat anak sendiri sudah hilang nikmat untuk senyum, berjalan, makan dan berlari.

Dapatkan berita penuh di akhbar Harian Metro hari ini

Disiarkan pada: August 4, 2018 @ 5:41am
d