utama

Pekerjaan paling bahagia

Oleh Daily Mail

Osaka: Sebuah kilang memproses makanan berasaskan udang di sini, mungkin menjadi tempat kerja paling bahagia di dunia apabila pekerjanya boleh datang dan balik serta bercuti pada bila-bila masa yang mereka suka.

Semuanya bermula lima tahun lalu, apabila pihak pengurusan kilang itu mengambil keputusan untuk mengurangkan kos tenaga kerja bagi meningkatkan pendapatan syarikat.

Bagaimanapun, syarikat itu tidak membuang pekerja sebaliknya ia menghapuskan konsep jadual bekerja.

Pekerja kini boleh datang dan balik pada bila-bila masa yang mereka suka dan apa yang perlu lakukan adalah menulis beberapa jam mereka bekerja di papan yang disediakan.

Lebih menarik lagi, pekerja kilang itu juga boleh mengambil cuti pada bila-bila masa yang mereka suka tanpa memberitahu atau meminta kebenaran daripada majikan.

Pada mulanya, ramai berpendapat membiarkan pekerja menguruskan waktu kerja mereka sendiri bakal menyebabkan produktiviti menurun atau kilang sering mengalami masalah kekurangan bekerja.

Namun, produktiviti kilang itu dilaporkan meningkat dan kos pengurusan berjaya dikurangkan kepada hampir satu pertiga.

Dalam tempoh lima tahun, setiap pekerja di kilang itu hanya mengambil cuti sebanyak satu hari.

Kerja di kilang itu termasuk membuang kulit udang, menimbang, memasak dan mengetin produk makanan laut yang dihasilkan syarikat berkenaan untuk dipasarkan.

Disiarkan pada: August 5, 2018 @ 3:56am
d