utama

Auta jual anak RM5,000 [METROTV]

Oleh Hadzlan Hassan

Kajang: Seorang wanita yang sarat hamil tergamak menawarkan bayi yang bakal dilahirkan melalui media sosial kepada orang ramai hanya untuk kepentingan diri.

Kecenderungan wanita berkenaan untuk mengaut untung melalui penjualan bayi itu terbukti apabila dia bukan saja mengutip deposit daripada bakal ibu, malah ligat menjalankan urusan dengan pasangan lain.

Kegiatan wanita itu terbongkar selepas wartawan Harian Metro menyamar sebagai pembeli sejurus menerima maklumat daripada dua pasangan yang pernah berurusan dengannya.

Ketika berhubung melalui telefon dengan wanita yang mengaku sebagai pembekal bayi, wartawan diminta bertemu seorang wanita untuk membincangkan hal itu.

Dia yang memperkenalkan diri sebagai Lina meminta wartawan bertemu wanita dinamakan sebagai Nor untuk memperincikan butiran mengenai penyerahan bayi berkenaan.

Dapatkan berita penuh di akhbar Harian Metro hari ini

Disiarkan pada: August 14, 2018 @ 10:15am
d