utama

Misteri bau busuk terungkai

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

MAYAT lelaki dan wanita ditemui dalam keadaan berbau busuk dalam rumah di FELDA Tenggaroh 3, Mersing, malam tadi.

Dua mayat yang berusia 70-an itu dipercayai suami isteri.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.

Katanya, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam 11.05 malam yang memaklumkan terdapat bau busuk yang kuat dari rumah di Jalan Kenari dI FELDA berkenaan.

"Polis tiba di lokasi kejadian pada 11.50 malam dan bertindak memecah masuk rumah terbabit sebelum menjumpai dua mayat lelaki dan wanita berpakaian, namun keadaan mayatnya membusuk.

"Ketika ditemui, mayat wanita itu dalam keadaan berpakaian dan berada di atas katil serta mula membusuk, sementara keadaan mayat lelaki dalam keadaan membusuk, mereput dan berair," katanya.

Katanya, kedua-dua mayat itu dibawa ke Hospital Mersing di sini, bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian.

Disiarkan pada: August 16, 2018 @ 8:45am
d