utama

[UPDATE] 'Rupanya, khayal syabu... '

Oleh Teoh Pei Ying

POLIS mengesahkan pemandu bas RapidKL berusia 32 tahun yang merempuh tujuh kenderaan di Jalan Ampang, malam semalam, khayal akibat syabu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pemandu itu kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan juga dibantu oleh polis Selangor dan polis Kuala Lumpur. Lelaki terbabit ditahan oleh polis Ampang kerana insiden itu berlaku di kawasan berkenaan.

“Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini,” katanya pada sidang media, hari ini.

Mengulas berhubung dakwaan beberapa orang membelasah pemandu itu, Mazlan berkata, pemandu terbabit perlu membuat laporan polis terlebih dahulu.

“Kita akan melakukan siasatan selepas menerima aduan,” katanya.

Difahamkan, empat individu dilaporkan cedera akibat kejadian berkenaan.

Berita berkaitan

'Mana ada pedang samurai'>

[UPDATE] Pemandu bas Rapid KL masih hidup lah>

Apa masalah pemandu bas ni? [METROTV]

[UPDATE] RapidKL sedia bayar ganti rugi

[UPDATE] Pemandu bas RapidKL panik dikejar?

Disiarkan pada: August 17, 2018 @ 6:06pm
d