utama

Kejam, sumbat mayat dalam kotak!

Oleh Hasbi Sidek

MAYAT lelaki warga Pakistan yang disumbat dalam kotak ditemui dalam longkang dekat Persiaran Industri, Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur, semalam.

Mayat berkenaan ditemui kira-kira 6 petang selepas orang awam yang berada di lokasi terhidu bau busuk sebelum memeriksa kotak berkenaan.

Sumber berkata, lelaki warga Pakistan itu dipercayai dibunuh dan mayatnya dicampak ke longkang berkenaan.

Pihak bomba dikerahkan ke lokasi untuk membantu membawa naik mayat itu.

Difahamkan, dua lelaki ditahan semalam, bagi membantu siasatan.

Disiarkan pada: August 18, 2018 @ 11:20am
d