utama

Terpaksa melacur

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

WANITA meraih pendapatan sehingga RM5,000 sebulan bagi perkhidmatan seks yang ditawarkan kepada lelaki hidung belang, mengaku terpaksa melacur demi menjelaskan hutang yang mencecah hampir RM50,000.

Wanita berusia 33 tahun itu turut mengaku menjadikan WeChat sebagai tempat mempromosikan perkhidmatannya dengan bayaran antara RM250 hingga RM800 untuk khidmat seks bagi satu malam.

Bagaimanapun, kegiatan wanita terbabit terbongkar selepas ditahan ketika dipercayai sedang menawarkan perkhidmatannya dalam serbuan di apartment di Kemaman antara 1.15 hingga 1.50 pagi semalam.

Sumber berkata, hasil siasatan dijalankan wanita yang masih bujang itu mengaku baru empat bulan aktif dalam dunia pelacuran dan hanya bergerak secara individu dengan alasan terpaksa melacur kerana mahu menjelaskan hutang.

Katanya, sebelum ditahan, wanita terbabit mengaku sudah menerima lima pelanggan dan pemeriksaan lanjut turut menemui beberapa jenis minyak pelincir dan tiga kondom yang sudah digunakan di dalam tong sampah berhampiran katil.

"Malah, kita turut menemui tiga kondom yang belum digunakan dan disorokkan di dalam kasut.

"Wanita terbabit mengaku meletakkan harga mencecah RM250 untuk sekali hubungan seks dan ada juga pelanggannya sanggup membayar RM800 dan ke atas untuk mendapatkan khidmatnya dalam tempoh satu malam.

"Dia turut mendakwa mampu meraih pendapatan mencecah sehingga RM5,000 sebulan walaupun ia hanya dijadikan sebagai kerja sampingan sahaja," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mohd Azam Awi ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Disiarkan pada: August 18, 2018 @ 12:35pm
d