utama

Enjin mati di awan [METROTV]

Oleh Muhammad Saufi Hassan dan Mohd Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Tiada siapa menyangka dua gadis jelita yang memiliki pakej persis model ini memilih kerjaya pengemudi pesawat, sekali gus cuba memecahkan tradisi kerjaya yang selama ini didominasi lelaki.

Jika dinilai berdasarkan penampilan, pastinya tidak ramai yang mempercayai dua gadis jelita ini bakal menjadi ‘nakhoda’ kapal terbang suatu hari kelak namun prestasi, semangat dan azam mereka sudah pun membuktikan mereka mampu melakukannya.

Batasan jantina itu bukan penghalang buat mereka sebaliknya ia adalah satu cabaran bagi membuktikan gadis seperti mereka juga mampu berdiri sama tinggi dengan lelaki.

Biarpun perjalanan dua gadis ini iaitu Khaysha Mohd Faizal dan Fatin Nabila Musa, masing-masing berusia 23 tahun masih jauh namun kejayaan mereka setakat ini boleh dibanggakan.

Khaysha dan Fatin yang bangga menjadi sebahagian warga kerja Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengakui bukan mudah untuk mencapai impian bergelar Kapten, namun latihan berterusan yang diterapkan MAB mampu menjadikan mereka juruterbang kelas dunia kelak.

Ikuti pengalaman dua gadis jelita ini mengharungi cabaran untuk bergelar juruterbang.

Dapatkan berita penuh di akhbar Metro Ahad hari ini

Disiarkan pada: August 19, 2018 @ 4:53am
d