utama

Lombok dilanda gempa bumi lagi [METROTV]

Oleh AFP

GEMPA bumi bermagnitud 6.3 menggegar Kepulauan Lombok, hari ini, beberapa minggu selepas gegaran bulan lalu yang mengorbankan lebih 480 orang, kata Pusat Penyelidikan Amerika Syarikat (USGS).

USGS berkata, gegaran yang berpusat di barat bandar Belanting, di Lombok timur itu berada pada kedalaman tujuh kilometer agak cetek.

Menurut penduduk, gegaran kuat dapat dirasakan di Lombok Timur.

Kejadian ini adalah gempa bumi ketiga dalam sebulan melanda Lombok, namun tiada laporan kemalangan kiwa setakat ini.

"Gempa bumi ini menybabakan orang ramai panik dan melarikan diri dari rumah,"kata jurucapak agensi bencana nasional, Sutopo Purwo Nugroho.

"Tiada laporan kematian atau kerosakan serius tetapi penduduk mengalami trauma," katanya.

Tanah runtuh turut dilaporkan di taman negara di Gunung Rinjani.

Taman itu ditutup sejak gempa bumi bulan lalu yang menyebabkan ratusan pendaki terperangkap sementara.

Sementara itu, jurucakap agensi pengurangan bencana setempat, Agung Pramuja berkata, beberapa rumah dan bangunan lain di daerah Sembalun, di lereng Gunung Rinjani, runtuh selepas turut mengalami kerosakan akibat dua gempa bumi sebelum ini.

Struktur termasuk tempat pemeriksaan yang pernah digunakan oleh pendaki gunung, kata Pramuja, sambil menambah bahawa jumlah bangunan yang rosak masih diperiksa.

Penduduk berkata gempa bumi terbaru terasa sehingga di Lombok Timur.

"Saya memandu untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir dan tiba-tiba tiang elektrik bergoyang. Saya menyedari ia adalah gempa bumi.

"Orang ramai mula menjerit dan menangis, semuanya berlari ke jalan," kata penduduk Lombok Timur, Agus Salim kepada AFP.

Gegaran itu turut dirasa di ibu kota pulau Mataram dan di pulau peranginan pulau Bali.

"Semua orang berlari keluar dari rumah mereka. Semuanya berkumpul di padang terbuka dan masih ketakutan," kata Endri Susanto, aktivis hak kanak-kanak di Mataram.

"Orang ramai masik mengalami trauma oleh gempa sebelumnya dan gempa susulan tidak pernah berhenti," katanya.

Disiarkan pada: August 19, 2018 @ 1:56pm
d