utama

10 minit 700 kali [METROTV]

Oleh Mahaizura Abd Malik

Klang: Jarang sekali kita melihat seorang gadis mampu menimang bola sepak dengan pelbagai aksi gaya bebas ketika mengenakan baju kurung atau jubah.

Namun, itulah kelebihan dimiliki Qhouirunnisa’ Endang Wahyudi, 18, yang semakin popular apabila tidak lokek berkongsi teknik bola sepak gaya bebas kepada lebih 93,000 pengikut di Instagram (IG) milikya.

Dengan menjadikan bintang bola sepak gaya bebas Perancis, Lisa Zimouche sebagai inspirasi, anak sulung daripada tiga beradik itu tidak putus asa meningkatkan kemahiran dengan mempelajari pelbagai teknik melalui YouTube.

Qhouirunnisa’ berkata, dia mula jatuh cinta dengan bola sepak gaya bebas sejak 2016 selepas kerap menemani adik lelakinya bermain futsal.

Dapatkan berita penuh di akhbar Harian Metro hari ini

Disiarkan pada: August 20, 2018 @ 9:46am
d