utama

Tok Non meninggal dunia akibat kanser

Oleh Audrey Dermawan

MANTAN Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman meninggal dunia awal pagi ini akibat kanser darah (multiple myeloma).

Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ampang pada jam 2.07 pagi ini.

Jenazah beliau dijangka dibawa pulang dan dikebumikan di Masjid Sungai Acheh selepas solat Asar.

Kematian beliau disahkan oleh adik arwah, Datuk Omar Osman, yang juga bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM).

Berita mengenai kematian beliau mula memenuhi laman sosial dengan orang ramai menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga arwah.

Zainal Abidin yang lebih dikenali sebagai Tok Non adalah bekas Ahli Mesyuarat Tertinggi UMNO dan juga bekas penasihat khas kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Arwah meletak kesemua jawatannya di dalan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-14.

Zainal meninggalkan seorang balu Datin Seri Shafiqa Melvin, anak dan cucu.

Disiarkan pada: August 27, 2018 @ 8:12am
d